Sunday, November 21, 2010

Tika kau disebut, akhi

Tika kau di sebut akhi..
Dikala itu ada..
seribu tanda..
Seribu kasih..
Seribu ikhsan,
Seribu kisah,
Hatta sebenarnya..
Lebih dari seribu,
Dan sebalik itu,
Ada satu tugas mu,
Untuk menjadi ikhwah,

Tika kau dipanggil akhi,
Bukan ke neraka kau berpimpinan,
Kerna syuga yang kejarkan,
Bukan lukanya ko tambahkan,
Kerna luka lamamu,
Dia yang rawatkan.
bukan benci ko campakkan,
Kerna dia belum tentu membencimu,
Bukankah dulu, katamu dia jiranku?
Kerna kau mendambakan cintaNya,
Bersama-sama..

Tika kau disebut, akhi,
Kepercayaan itu ada pasti,
Mana bisa kau meragu apabila memanggil atau dipanggil,
Atau adakah kau lupa maksud akhi itu sendiri?
Adakah betul kau lupakannya?

Maka sedih lah buat diri sendiri dan buat dirinya,
Kerana sebenarnya,
Bukan syurga yang kau tuju tentu,
Mengkin kau sedang mendayung sampan yang bersama,
melawan di arus,
air terjun yang deras itu,
dan pasti kau
terjunam,
terhempas,
sedangkan engkau menyangka kau bukan,

Buat hati ini yang sering lupa..
Maafkan diriku wahai akhi,
Kerana aku mungkin pernah melukakan mu,
Moga kau terus mencari redhanya,
Seperti yang kita dambakan selamanya...

No comments: