Saturday, January 8, 2011

Tingginya ego yang berlabuh di lubuk hati

Ego,
Satu perkataan,
Sedikit huruf,
Mudah disebut,
Namun, sukar dibuang, direndah,
Tapi, senang digegar, mudah tercabar...
Sering di ungkap kerna ia masih selalu berada di situ;
Hati ini...

Astarghfirullahalazim,
Tinggi manakah ego itu wahai pemimjam hati milik Al-Malik?
Sudah pasti setinggi gunung yang teguh berdiri,
Sudah pasti sederas tsunami lautan yang mengerun,
Atau, sudah pasti sehebat ampunan Allah yang mensucikan kehinaan dosa yang mengunung tinggi,
Atau, sudah pasti sejangkau nikmat lautan allah yang tidak terhingga...
Atau, sebaik sebuah syurga yang kekal abadi,

Jika bukan?
Mana mungkin harga kemaafan itu tinggi,
Bangga diri tiada sempadan,
Merasa terbaik sekian masa,
Memandang rendah pada yang kononnya lemah atau salah,

Sudah pastikah?
.... *lupa akan kerdilnya diri*
Bersabarlah,
Dan merendahlah,
kerana itu ujian
dan ujian itu sebuah kepercayaan;
percayanya Allah pada dirimu,

Gagahkan dirimu dengan merendahkannya,
Kerana mereka yang gagah kuat melawan amarah,

Kerana hati merindukan Allah
Yang ingin ketemu dalam kerendahan hati...